Posts

Showing posts from 2017

Al-fatihah untuk mak :(

Hai guys. Sorry lama tak update blog since it was a hectic week (week13-14) so i dont hv time untuk update apa2 + there are sooooo many assignment yang kena submit. Alhamdulillah i did it well and dah submit semua. First of all, i just want to let you know yang my mom baru je meninggal (16 Dec) haritu because of occlusion of her left artery which often called widow-maker infarction. Rasa nak rebah ke bumi when i received the news from my uncle sbb baru je last night tu brckp dgn my mom..........😔(CAN U GUYS DESCRIBE MY FEELING) Im not ready yet for all this.................. I cant accept it at the first place......... Forever cant......... But i have to be strong sbb ramai sgt org yang nak tgk aku happy.. So i choose to be strong 💪 This will be a really short post sbb im still speechless and taktau nak share apa.  Just taknak blog ni kosong. Al-fatihah Hajah Noorhayati bt Yaacob (1965-2017) Forever in my heart 💓 Yang patah sayap, Syu.

DRUG ALLERGIES

HEY GUYS. SORRY LAMA TAK UPDATE BLOG. SANGAT SANGAT BUSY . Tunggu APK habis baru aku rasa hidup aku tenang sikit nanti muehehehe 👀 Okay so skrg dah start fieldwork. Paling latest, kitorang naik UMS PEAK dua kali (siang malam k. tersangatla atlethic maigad 👵). So, iolss nak share pasal drug allergies. For sure ada org yg allergic dengan ubat kan? Tapi taktau yang anda allergic? u can run a blood test or jumpa doc. Maybe u boleh check sejarah u masa lahir dulu (LOL).  What is drug allergies? If u develop a rash, hives or difficulty breathing after taking certain medications, you may have drug allergy. Benda ni boleh jadi kalau sistem imunisasi badan awak tersangatlah sensitif terhadap certain ubat and bila ubat yang awak ambil masuk dlm badan automatik badan awak akan against ubat tu and akan release chemical.  Symptom drug allergies.  Skin rashes or hives Itching  Wheezing or other breathing problems Swelling  ANAPHYLAXIS (potentially life-threate...

Im a strong girl

M idsem break dah habis. As usual tak balik semenanjung pun. Sedih tak dapat tgk mak ngah kawin 💔 But dah biasa sbb jauh kan. So kena tabahkan hati jela. A few weeks ni Sabah dah mcm menangis. Ribut dari Filipina terasa sampai kat sini. Hujan non stop and banyak sangat pokok tumbang around kolej. Omaigod serius scary gila. And my parents datang sini and the syahdu part aku demam 💆. Why la. Dulu mak dtg pun aku demam. Tapi salah aku jugak sbb minum ais lebih sangat(lol). Rindu dekat matahari. Aku tak suka demam. Serius walaupun sakit penghapus dosa but i hope i c an bear it faster. Aku selalu harap ak u demam hanya untuk sehari je, tapi............huh.  Aku rasa ni karma sbb aku tak buang tonsil aku. HAHAHAHAHAH. Maybe korang boleh cakap aku noob, guess what aku takut nak buang tonsil sbb takut hilang suara (omg pls la aku tau mcm bodoh hahhahahahahhahhahahhah). And aku kena la tanggung semua ni.  Midterm exam is around the corner and seketul syuhada masih tak belajar dan ...

Post-emo-mood

Maaf.  Bukan sengaja. Lukakan hati. Andai masih ada nyawa. Andai masih punya nafas. Andai masih berpijak kaki di bumi nyata. Jika daun yang tertera namaku di Luth Mahfuz belum sempat gugur. Aku ingin nyatakan. Aku tidak menyesal mengenali sesiapa pun.  Sudah tertulis selama mana perkenalan kita. Sudah tertulis betapa panjang jarak percintaan kita. Sudah tertulis tulang rusuk ku milik siapa.  Jangan pernah. Engkau.. Menyalahkan takdir. Jangan pernah. Engkau.. Menyalahkan dirimu. Jujurnya, jiwa mana yang tak sedih dengan perpisahan.  Jiwa mana yang tak kecewa dengan sebuah kegagalan perhubungan. Kita sama-sama punya khilaf. Tapi mungkin khilaf ku lebih peratusnya daripada khilafmu.  Aku. Sentiasa. Akan. Mendoakan. Kebahagiaanmu.  Jangan jatuhkan air matamu untuk aku. Simpan air matamu untuk jiwa-jiwa yang lain.  (maaf untuk post sebelum ni yang ayat dia tunggang terbalik. lol) 

JODOH SESAT

Bila cakap pasal jodoh, aku jadi takut. Mungkin sesetengah orang anggap aku tak serius dalam percintaan. But baru 20 kot? What do you expect from a girl yg baru umur 20? Percintaan tu best? Ya, mmg best aku akui benda tu tapi kan..aku tak rasa aku dah bersedia. Mungkin zaman main-main aku masih belum habis atau aku takut untuk cuba serius dalam perhubungan. Dalam hal ni aku rasa tak salah untuk kita nyatakan apa yang kita nak dalam hidup kita..apa landasan yang kita nak lalu. Bagi aku, banyak lagi benda yang aku nak capai dalam hidup ni. Bak kata Buya Hamka, kalau hidup sekadar hidup babi di hutan juga hidup. Banyak lagi benda tak rasa dalam dunia ni. Aku tak suka kalau orang lain nak tentukan arah tuju hidup aku. Nak bercinta boleh tapi jangan terlalu memaksa. Setiap anak perempuan tu selalu dibahagiakan oleh keluarganya dan jangan pernah nak hancurkan hati dia. Bagi aku, aku tak kisah kau nak fikir apa pun pasal aku. Kalau jodoh aku dah sampai nanti aku terima and aku rela. Tapi buat...

Amarah tiada guna

Masih lagi dalam bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadan. Ya aku rindu dengan suasana bersama keluargaku sewaktu bulan Ramadan. Berada jauh dari mereka membuatkan aku lagi kuat.  Aku beristighfar sementara...Mungkin aku perlu berubah. Berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik kerana jika kita tidak mampu membuat diri kita gembira dan bahagia, apalah salahnya jika kita membahagiakan orang di sekeliling kita. Aku perlu belajar untuk menjadi lebih matang. Jika orang sekeliling kita menjauhkan diri dari kita mungkin salah kita juga dan mungkin kita perlu refleks diri kita semula. Biarlah seribu orang pun membenci diri kita asalkan kita tidak bersifat begitu. Kalau nak ikutkan amarah, sampai bila-bila kita akan kalah tapi cuba suntik semangat positif dalam diri kita. Mungkin nampak cliche tapi mana tahu dengan berfikiran begini hati kita akan lebih tenang. Aku redha dengan segala ujian yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih ya Allah atas ujian yang engkau berikan kep...

Jodoh ?

Layakkah aku mendapat lelaki yang sebaik Muhammad? Layakkah aku mendapat lelaki yang sebaik Yusof? Layakkah aku mendapat lelaki yang seteguh Ibrahim? Layakkah aku mendapat lelaki yang sesetia Syah Jehan Adakah kahwin itu sekadar mengikat dua hati menjadi satu? Bukankah kahwin itu berat tangunggnya? Jadi, mampu kah aku? Mengapa aku sudah putus harapan. Kerana saban hari aku disajikan dengan kekejaman insan bernama lelaki 😢

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
Ya. Baru hari ini aku dapat melihat karya suci ini. Walaupun dah lama ada dalam laptop ku tapi masih tidak berkesempatan untuk menontonnya. Karya suci yang digarap dari novel nukilan BUYA HAMKA ini sememangnya sudah lama ingin aku ratah dan fahami setiap bait cerita yang terkandung. Sinopsis cerita ini aku simpulkan ia cerita mengenai cinta dua darjat ( agak berbeza bukannya mengenai harta sahaja namun turut menyentuh mengenai suku ataupun asal keturunan).  Cerita ini agak menarik sbb aku pun asal N9 and tak jugak tau tentang adat minang yang dahulunya boleh aku kategorikan seperti racist.  Cinta antara Zainuddin dan Hayati ditentang hebat oleh tok penghulu adat tempat mereka atas dasar Zainuddin yang tak punya apa-apa dan asal keturunannya yang tidak jelas.  Hancur lebur hati Hayati tatkala Zainuddin dihalau keluar dari kampung asalnya. Lebih tersayat hati Zainuddin juga tatkala Hayati tergamak melupakan sumpah janjinya yg ingin sehidup semati bersama dirinya. Hayati ...

Rindu yang tidak terucap

Nak study..tapi.. As usual procrastinate. Rindu rumah? Taklah mana ada rindu. Tipulah tak rindu. Sedingin angin Kundasang, dingin lagi angin semenanjung. Tak sabaq nak balik oiiiii. Bukan apa sgt cuma kadang-kadang lama-lama kat Sabah ni bosan jugak. Racist? Bukan okay. HAHA.  KKE, 9.58 pm 

Rangga-Cinta

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku, Kulari ke pantai kemudian teriakku, Sepi..sepi dan sendiri aku benci, Ingin bingar aku mau di pasar, Bosan aku dengan penat, Enyak sahaja engkau pekat, Seperti berjelaga jika ku sendiri, Pecahkan segalanya biar ramai, Biar mengaduh sampai gaduh, Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keratan putih, Kenapa tak goyangkan sahaja loncengnya biar terdera, Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai. Credit to : Rako Prijanto 

Khayalan

Image
Cinta. Mengasyikkan. Seperti cinta Syah Jehan pada Mumtaz. Seperti cinta Romeo pada Julietnya. Seperti cinta Muhammad pada Khadijah. Cinta awak pada saya bagaimana ?

Universiti ?

Dari bulan 8 ada dekat sini.  Masih rindu semenanjung. Masih homesick.  Masih merindui saat berada di rumah. Cengeng? Ya. Aku mengaku aku cengeng tapi aku tidak tunjuk aku cengeng. Sebab aku tau di universiti 'cengeng' itu perlu dijauhkan. 10.42 malam Kolej Kediaman E