Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ya. Baru hari ini aku dapat melihat karya suci ini. Walaupun dah lama ada dalam laptop ku tapi masih tidak berkesempatan untuk menontonnya. Karya suci yang digarap dari novel nukilan BUYA HAMKA ini sememangnya sudah lama ingin aku ratah dan fahami setiap bait cerita yang terkandung. Sinopsis cerita ini aku simpulkan ia cerita mengenai cinta dua darjat ( agak berbeza bukannya mengenai harta sahaja namun turut menyentuh mengenai suku ataupun asal keturunan). 
Cerita ini agak menarik sbb aku pun asal N9 and tak jugak tau tentang adat minang yang dahulunya boleh aku kategorikan seperti racist. 
Cinta antara Zainuddin dan Hayati ditentang hebat oleh tok penghulu adat tempat mereka atas dasar Zainuddin yang tak punya apa-apa dan asal keturunannya yang tidak jelas. 
Hancur lebur hati Hayati tatkala Zainuddin dihalau keluar dari kampung asalnya. Lebih tersayat hati Zainuddin juga tatkala Hayati tergamak melupakan sumpah janjinya yg ingin sehidup semati bersama dirinya. Hayati bernikah dengan Aziz, seorang pemuda tulen minang yang mempunyai segalanya. Sayang seribu kali sayang, Aziz kaki perempuan dan juga kaki judi. Bangkit anak muda kelahiran Makassar tersebut untuk terus hidup dan Zainuddin menerbitkan buku-buku yang menceritakan tentang kisah hidupnya bersama Hayati. Kedatangan Aziz dan Hayati ke perasmian opera 'TEROESIR' telah menemukan mereka bertiga. Konflik terjadi apabila Aziz telah diisytiharkan muflis dan mereka telah menumpang di villa Zainuddin. 
Sebulan telah berlalu dan Aziz mengambil keputusan untuk berpindah dan meninggalkan Hayati di situ. Hayati tahu Zainuddin masih tulus mencintainya setelah mendengar luahan dari Abg Muluk. Aziz telah bunuh diri dan menceraikan Hayati. Hayati seperti tiada tempat untuk berlindung, kemudian dia menyangka Zainuddin akan kembali kepadanya namun tidak. Kerana ego Zainuddin, dia telah menghantar Hayati pulang semula ke tempat asalnya dengan menaiki kapal Van Der Wijck. 
Namun, maut memanggil Hayati pulang lebih awal kerana kapal itu tenggelam sejurus berangkat. 
Tinggal lah memori cinta antara mereka berdua sahaja. 
Bagi aku, ini bukan cerita biasa-biasa, ini cerita suci tanpa noda yang bisa kita jadikan iktibar bahawa darjat, pangkat, keturunan, asal usul bukanlah segalanya dan cintailah Tuhan lebih dari apa adanya. 


Akhir bicara, ada sesiapa yang mahu menjadi Zainuddin ku ? 









Comments

Popular posts from this blog

Ended semester 5 with flying colours + Study tips :)

Living in RMO era :>

FIERSA BESARI