Amarah tiada guna
Masih lagi dalam bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadan. Ya aku rindu dengan suasana bersama keluargaku sewaktu bulan Ramadan. Berada jauh dari mereka membuatkan aku lagi kuat.
Aku beristighfar sementara...Mungkin aku perlu berubah. Berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik kerana jika kita tidak mampu membuat diri kita gembira dan bahagia, apalah salahnya jika kita membahagiakan orang di sekeliling kita. Aku perlu belajar untuk menjadi lebih matang. Jika orang sekeliling kita menjauhkan diri dari kita mungkin salah kita juga dan mungkin kita perlu refleks diri kita semula. Biarlah seribu orang pun membenci diri kita asalkan kita tidak bersifat begitu. Kalau nak ikutkan amarah, sampai bila-bila kita akan kalah tapi cuba suntik semangat positif dalam diri kita. Mungkin nampak cliche tapi mana tahu dengan berfikiran begini hati kita akan lebih tenang. Aku redha dengan segala ujian yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih ya Allah atas ujian yang engkau berikan kepada hambamu ini. Dalam perjuangan menuntut ilmu mestilah banyak cabaran dan dugaan begitu juga dalam kehidupan. Malulah aku sebagai hambaNya yang asyik mengeluh dan risau akan hal-hal dunia sedangkan hal-hal akhirat tidak dijaga. Ingatlah wahai puteri dan putera bahawa perjalananmu masih jauh dan pelbagai ragam manusia yang akan kau jumpa selepas ini. Aku harap aku terus kuat dengan sokongan ibu-bapa, sahabat qorib dan sesiapa sahaja secara langsung ataupun tidak langsung. Jika aku khilaf, tegurlah kerana mana mungkin aku semaksum nabi yang tiada berbuat dosa. Andaikan ini Ramadan yang terakhir, sama-sama lah kita bersangka baik dan saling memaafi. Jika kata-kata maaf itu terlalu berat buat dirimu itu kiranya ego mu begitu tinggi sayangku.
Yang kecil hati namun besar impian

Comments
Post a Comment