Pemergian


Sayu, pilu, tersayat hati..

Perasaan tersebut seringkali mendatang apabila berita duka tiba di pendengaranku..

Apakah kita punya pilihan? Adakah kita Tuhan? Adakah kita mampu mengelakkan diri 
dari berita duka?

Satu persatu mutiara hatiku direnggut tanpa penjelasan..
Ibarat terpisah nyawa dari badan apabila menerima tiap perkabaran..

Aku gagahkan diri.. Kuatkan diri dan berlagak seolah-olah sikapku persis panglima perang zaman Rasululllah S.A.W..

Tidak mengapa..omel hati kecilku..
Setiap insan pasti akan merasa perpisahan bersama insan yang tersayang cuma lambat atau cepat saja bukan?

Namun di sebalik sifat redha..aku masih tertanya-tanya mengapa aku? Mengapa aku?
Kasih sayang abadi yang aku harapkan dari sang ibu sudah tiada lagi!!!!! Jerit hati kecilku..

Dadaku seakan ditoreh-toreh oleh pisau belati tatkala aku melihat momen indah temanku bersama bonda tercinta..

Iya. Hidupku sudah hilang makna. Tawaku bukan lagi tawa ria. Namun aku harus gigih dan kuat untuk meneruskan kehidupan demi cita-cita..

Buat insan-insan yang masih punya malaikat berupa manusia ini..hargailah..

Kerana aku insan yang cukup rindu untuk menyebut kalimah agung “ibu, mak, mama, umi” itu.








Hidup tidak akan sirna harapan jika kita bangkit dari  bayangan -orked-

Comments

Popular posts from this blog

Ended semester 5 with flying colours + Study tips :)

Living in RMO era :>

FIERSA BESARI