Amarah tiada guna
Masih lagi dalam bulan yang penuh rahmat, bulan Ramadan. Ya aku rindu dengan suasana bersama keluargaku sewaktu bulan Ramadan. Berada jauh dari mereka membuatkan aku lagi kuat. Aku beristighfar sementara...Mungkin aku perlu berubah. Berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik kerana jika kita tidak mampu membuat diri kita gembira dan bahagia, apalah salahnya jika kita membahagiakan orang di sekeliling kita. Aku perlu belajar untuk menjadi lebih matang. Jika orang sekeliling kita menjauhkan diri dari kita mungkin salah kita juga dan mungkin kita perlu refleks diri kita semula. Biarlah seribu orang pun membenci diri kita asalkan kita tidak bersifat begitu. Kalau nak ikutkan amarah, sampai bila-bila kita akan kalah tapi cuba suntik semangat positif dalam diri kita. Mungkin nampak cliche tapi mana tahu dengan berfikiran begini hati kita akan lebih tenang. Aku redha dengan segala ujian yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih ya Allah atas ujian yang engkau berikan kep...