Posts

Showing posts from May, 2017

Jodoh ?

Layakkah aku mendapat lelaki yang sebaik Muhammad? Layakkah aku mendapat lelaki yang sebaik Yusof? Layakkah aku mendapat lelaki yang seteguh Ibrahim? Layakkah aku mendapat lelaki yang sesetia Syah Jehan Adakah kahwin itu sekadar mengikat dua hati menjadi satu? Bukankah kahwin itu berat tangunggnya? Jadi, mampu kah aku? Mengapa aku sudah putus harapan. Kerana saban hari aku disajikan dengan kekejaman insan bernama lelaki 😢

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
Ya. Baru hari ini aku dapat melihat karya suci ini. Walaupun dah lama ada dalam laptop ku tapi masih tidak berkesempatan untuk menontonnya. Karya suci yang digarap dari novel nukilan BUYA HAMKA ini sememangnya sudah lama ingin aku ratah dan fahami setiap bait cerita yang terkandung. Sinopsis cerita ini aku simpulkan ia cerita mengenai cinta dua darjat ( agak berbeza bukannya mengenai harta sahaja namun turut menyentuh mengenai suku ataupun asal keturunan).  Cerita ini agak menarik sbb aku pun asal N9 and tak jugak tau tentang adat minang yang dahulunya boleh aku kategorikan seperti racist.  Cinta antara Zainuddin dan Hayati ditentang hebat oleh tok penghulu adat tempat mereka atas dasar Zainuddin yang tak punya apa-apa dan asal keturunannya yang tidak jelas.  Hancur lebur hati Hayati tatkala Zainuddin dihalau keluar dari kampung asalnya. Lebih tersayat hati Zainuddin juga tatkala Hayati tergamak melupakan sumpah janjinya yg ingin sehidup semati bersama dirinya. Hayati ...

Rindu yang tidak terucap

Nak study..tapi.. As usual procrastinate. Rindu rumah? Taklah mana ada rindu. Tipulah tak rindu. Sedingin angin Kundasang, dingin lagi angin semenanjung. Tak sabaq nak balik oiiiii. Bukan apa sgt cuma kadang-kadang lama-lama kat Sabah ni bosan jugak. Racist? Bukan okay. HAHA.  KKE, 9.58 pm 

Rangga-Cinta

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku, Kulari ke pantai kemudian teriakku, Sepi..sepi dan sendiri aku benci, Ingin bingar aku mau di pasar, Bosan aku dengan penat, Enyak sahaja engkau pekat, Seperti berjelaga jika ku sendiri, Pecahkan segalanya biar ramai, Biar mengaduh sampai gaduh, Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keratan putih, Kenapa tak goyangkan sahaja loncengnya biar terdera, Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai. Credit to : Rako Prijanto 

Khayalan

Image
Cinta. Mengasyikkan. Seperti cinta Syah Jehan pada Mumtaz. Seperti cinta Romeo pada Julietnya. Seperti cinta Muhammad pada Khadijah. Cinta awak pada saya bagaimana ?

Universiti ?

Dari bulan 8 ada dekat sini.  Masih rindu semenanjung. Masih homesick.  Masih merindui saat berada di rumah. Cengeng? Ya. Aku mengaku aku cengeng tapi aku tidak tunjuk aku cengeng. Sebab aku tau di universiti 'cengeng' itu perlu dijauhkan. 10.42 malam Kolej Kediaman E